Thank you view this blog!

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Follow Blog Ini Ya

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Selalu Lawat Sini..Banyak Info Yang Akan Anda Dapat

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Mahukan Pelbagai Info? Lawatlah Blog Ana

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Followers

Archive for April 2011

Keikhlasan Seorang Adam Terhadap Cintanya



Baiklah, pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang keikhlasan seorang keturunan Adam dimana lelaki ini sangat ikhlas terhadap cintanya. Khairul, nama yang masih menjadi ingatan kepadaku dengan keikhlasan hati nuraninya terhadap cintanya kepada seorang perempuan.

Khairul berada di sebuah perpustakaan awam Universiti Al-Azhar untuk mentelaah buku-buku ilmiah namun pada helaian salah sebuah buku tersebut tertulis sekeping kertas yang tertera tulisan cantik berbunyi 'perlukan kasih sayang seorang kaum Adam, jika sudi berkenalan balaslah ke alamat di bawah'. Khairul yang membaca kertas itu berasa ingin berkenalan dengan orang itu lalu dia mengutuskan surat kepada pemilik alamat tersebut mengatakan dia sudi untuk berkenalan dengannya.



Suratnya dibalas mengatakan perempuan itu juga sudi untuk berkenalan dengannya kerana perempuan itu kesunyian. Mereka berbalas-balas surat sudah hampir setahun, berkenalan hanya dalam surat namun mereka tidak pernah berjumpa.

Hari ini genap setahun setengah mereka berkenalan, Khairul memberanikan diri mengatakan kepada perempuan tersebut untuk berjumpa dan mengenalkan perempuan tersebut kepada ibubapanya. Perempuan tersebut setuju dengan permintaannya dan berita itu sangat mengembirakan Khairul.

Memandangkan Khairul seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, dia merasakan adalah lebih elok jika dia berjumpa dengan perempuan tersebut apabila dia sudah graduate di Universiti tersebut. Lagipun masa belajarnya hanya tinggal 6bulan lagi. Perempuan tersebut setuju dengan permintaan

Khairul tersebut dan mereka berjanji akan berjumpa di KLIA apabila dia pulang dari Mesir. Khairul meminta perempuan tersebut dan dirinya memegang sekuntum ros merah agar mereka saling mengenali satu sama lain nanti. Perempuan tersebut setuju dengan cadangan Khairul tersebut dan masa demi masa terus berlalu sehingga tibanya hari kepulangan Khairul ke tanah air.



Khairul yang berpakaian jubah tiba di lapangan terbang dengan memegang sekuntum ros merah mencari perempuan yang ingin sangat dia berjumpa itu. Tiba-tiba dia terlihat di kerusi menunggu kelihatan seorang perempuan yang tempang kakinya memegang sekuntum ros merah, seperti yang dimintanya kepada perempuan di dalam suratnya. Dia berdoa kepada Allah 'andai ini adalah jodoh dariMu ya Allah, aku terima dengan ikhlasnya ya Allah'. Dia memberanikan dirinya endekati perempuan tersebut. 'Assalamualaikum, adakah awak gadis yang membalas surat saya tersebut? marilah, ibubapa saya sedang menunggu untuk berjumpa dengan awk'.

Perempuan itu menjawab ''Waalaikumusalam, saya tidak tahu awak siapa dan seorang gadis cantik yang telah memberi ros merah ini kepada saya. Gadis tersebut menyuruh saya memberitahu kepada awak bahawa dia sedang mnunggu di restoran di hadapan sana jika awk mengajak saya berjumpa dengan ibubapa awk''. Begitulah jika cinta kita kepada seseorang itu ikhlas kerana Allah S.W.T, kita tidak akan menilai seseorang dari kecantikan ataupun kekurangannya. Sekian dulu untuk entri kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam.... =)

Wahai Adam Dan Hawa...



Pada entry kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah percintaan yang sejati iaitu percintaan Adam dan Hawa. Dua nama yang tidak asing lagi dengan percintaan sejati kedua-duanya. Cinta yang telah berputik disyurga Allah S.W.T dan seterusnya digoda oleh syaitan. Dihantar ke dunia, dan disebabkan cinta sejati kedua-duanya bertemu semula di dunia. Cinta yang agung dan terulung ini seharusnya menjadi inspirasi kepada umat manusia zaman sekarang. Sesungguhnya sedarlah wahai kaum Adam, kamu dijadikan oleh Allah S.W.T untuk menjaga kaum Hawa dan janganlah kamu mensia-siakan kewajipan yang diberikan kepada kamu. janganlah dengan paras kacak dan ayat-ayat manismu menjadi senjata untuk merosakkan kaum Hawa sesungguhnya kaum Hawa memerlukan perlindungan darimu wahai kaum Adam. Kaum Hawa adalah kaum yang lemah dan emerlukan bimbingan darimu untuk hidup di dunia ini. Jadilah kaum Adam yang agung dengan membimbing kaum Hawa ke jalan Ilahi.

Wahai kaum Hawa, kita manusia adalah sebaik-baik kejadian dan janganlah kamu menyamakan diri kamu dengan binatang yang tidak berotak. Kamu dikurniakan kecantikan paras rupa dan syaitan akan mencantikkan kamu lagi dimata kaum Adam. Janganlah kamu menjadikan kecantikan itu satu senjata untuk kamu memikat kaum Adam. Sesungguhnya malulah pada diri dan maruah kamu. Jaga maruah kamu sebagai kaum Hawa dan janganlah senang untuk jatuh pada cinta palsu dan ayat-ayat palsu dari kaum Adam. Tapi nilailah kaum Adam dari segi agamanya, perlakuannya dan kebaikannya kerana kaum Adam yang akan membimbing kamu. Pilihlah dengan keikhlasan hati yang nurani. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah itu.



Wahai kaum Adam yang mulia, sesungguhnya kamu diberikan sembilan akal dan satu nafsu. Tidakkah mampu akalmu untuk mengalahkan nafsu yang satu itu? tanyalah pada dirimu sendiri dimana kesembilan akalmu itu dan adakah digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya. Jika dapat dilihat kaum Adam zaman sekarang menggunakan akal mereka untuk mecuri dan mencairkan hati kaum Hawa dengan kata-kata manis. Akal kaum Adam tidak digunakan seperti yang sepatutnya. Sedarlah wahai kaum Adam, kamu sudah memungkiri tanggungjawab yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk membimbing kaum Hawa. Jagalah nafsumu wahai kaum Adam kerana nafsu akan merosakkan kaum Hawa yang lemah dan janganlah kamu kalah pada nafsumu yang satu itu.

Wahai kaum Hawa, kamu dikurniakan nafsu di dalam diri, kawallah nafsumu itu dari menguasai dirimu itu. Nafsu akan merosakkan dirimu mahupun kaum Adam. Dirimu sungguh berharga dan harus dijaga dengan sebaiknnya. Jagalah batasan pergaulanmu dengan kaum Adam dan jagalah auratmu dari dilihat oleh kaum Adam kerana aurat boleh menyebabkan kaum Adam tertawan denganmu. Jangan jadikan auratmu itu pendorong hawa nafsu kaum Adam untuk mendapatkanmu. Jagalah ia untuk kebaikan dirmu dihari kelak. Jaga pakaian dan tutur katamu kerana itu yang dikehendaki oleh kaum Adam yang soleh, yang akan menjagamu dengan baik dan mengikut syariat Allah S.W.T.



Dan kepada kaum Adam pilihlah kaum Hawa yang dapat menjaga keturunanmu dengan baik. Jika kaum Hawa itu telah rosak, tidak ada kesulitan untuknya kembali ke jalan Allah S.W.T. Malah bimbinglah dia dengan ilmu agamamu itu, jagalah dia dan bagilah dia peluang untuk merubah dirinya. Sesungguhnya setiap manusia boleh berubah dan tiada yang mustahil. Curahkanlah ilmu agamamu kepadanya dan ajarkanlah dia mengenal erti Islam yang sebenar. Kembalikanlah cinta terulung dan agung seperti Adam dan Hawa di dalam hidup bersama pasanganmu Insyallah akan berkekalan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Sampai disini saja entry saya untuk hari ini, semoga mendapat ikhtibar dan pedoman dalam diri pelawat blog saya ini. Sekain, semoga bertemu lagi dilain entry. Salam....

Apesal.com

back to top