Thank you view this blog!

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Follow Blog Ini Ya

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Selalu Lawat Sini..Banyak Info Yang Akan Anda Dapat

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Mahukan Pelbagai Info? Lawatlah Blog Ana

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Followers

Archive for December 2010

Ciptaan Allah S.W.T

Firman Allah Ta’ala yg artinya “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yg Allah turunkan dari langit berupa air lalu dgn air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal”. . Suatu kurnia dan nikmat yg tiada tara yg diberikan Allah kepada manusia adlah “akal”. Betapa bernilainya akal adlah hal yg tidak dapat difikirkan oleh siapapun sehingga tak perlu dijabarkan pada tulisan singkat ini.




Yang menjadi topik pembahasan kita adlh bagaimana memanfaatkan akal dgn benar dan sesuai dgn tujuan penciptaannya yg telah digariskan oleh Sang Maha Pencipta Allah subhanahu wa ta’ala. Salah satu penggunaan akal yg utama kalau bukan paling utama adl merenungi memikirkan dan memahami ayat-ayat Allah dgn tujuan utk mengenal Allah beriman kepada-Nya dan menyembah-Nya. Adalah celaka jika seseorang tidak menggunakan akalnya utk mendapatkan hidayah Allah. Dan lbh celaka lagi orang yg diberi akal dan kemampuan menggunakannya dgn baik namun tidak membimbingnya menuju hidayah Allah. Hal itu bisa terjadi krn keengganan dan kesombongannya utk mengakui kekuasaan Allah. Na’udzu billahi min dzalik. Dan tentunya ada yg sangat beruntung dgn menjadi orang yg mendapatkan hidayah Allah menggapai ni’matnya iman kepada Allah dgn menggunakan akal. Hal ini bisa dicapai dgn memperhatikan dan memahami ayat-ayat Allah yg terhampar luas pada alam semesta ciptaan-Nya ini. Diantaranya adl beberapa tanda-tanda yg disebutkan dalam ayat di atas dgn rincian sebagai berikut




Perlu ke kita sebagai umat Nabi Muhammad berdiam diri??



Pada kali ini saya ingin menceritakan tentang satu laman web di internet yang telah mencabar umat Islam di serata dunia..laman web ini telah mengutuk sekeras-kerasnya agama Allah S,W.T..perlukah kita sebagai umat Islam hanya berdiam diri melihat agama sendiri dikutuk sebegitu..laman web yng dimaksudkan ialah : (http://murtadinkafirun.forumotion.net/forum.htm)..



PeRbUAtan Yg AKn MEnDApaT DOsa

1. Orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran agama Islam kepada ahlinya

2. Orang kaya yang bakhil



3. Peniaga yang penipu

4. Peminum arak



Perkara yg makhruh ketika solat



Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,
من صلى صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهى بيضاء مسفرة تقول حفظك الله كما حفظتنى ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهى سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتنى حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه
Maksudnya : Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat ke langit dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu : Semoga Allah memelihara engkau sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wuduknya serta tiada menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu : Semoga Allah menyia-nyiakan engkau sebagaimana engkau menyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan Allah, maka ia pun dilipat-lipat sebagaimana dilipatkan baju yang koyak-koyak lalu dicampakkan solat itu kemuka orang yang melakukannya.

Huraian

Hadis ini mengingatkan kita tentang pentingnya memelihara solat dan mengetahui hal-hal yang mengurangkan pahala solat atau sesuatu yang menyebabkan solat kita ditolak oleh Allah SWT. Antara perkara yang mengurangkan pahala solat ialah apabila melakukan perkara-perkara makruh seperti berikut :



1. Mendongak kepala ke atas.
Hadis Nabi saw,
عن أنس بن مالك رضى الله عنه قال : قال رسول الله (ص) : ما بال أقوام يرفعون أبصارهم إلى السماء فى الصلاة فالشتد قوله فى دلك حتى قال لينتهن عن ذلك أو ليحطفن أبصارهم
Maksudnya : Mengapa ramai orang yang mendongakkan wajahnya ke langit ketika solat ? Baginda megeraskan suaranya ketika mengucapkan hal tersebut sampai baginda bersabda : Hendaklah mereka berhenti dari perbuatan itu atau mata mereka dibutakan.

2. Menoleh-noleh ke kanan atau ke kiri.
Dalilnya sabda Rasulullah saw,
لا يزال الله مقبلا على العبد فى الصلاة ما لم يلتفت , فإ دا صرف وجهه انصرف عنه
Maksudnya : Allah SWT sentasa menerima hamba-Nya ketika ia sedang solat selama mana ia tidak menolah. Jika ia menolah maka Allah SWT pun berpaling daripadanya.


Manusia yg didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.



Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)


10 ciri individu muslim sejati

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.
Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam Banna:“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


oRG KafIR dAN OrG MukMIn

Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.

Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga.

Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempaat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.

Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan berikut:
Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.

Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.

Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.

Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.

Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.

Hari ini awal muharam...tahun lalu bnyk menjadi kenangan pahit dan manis kepada diriku...insyallah pada tahun yg bru ini aq akan menjadi seorg insan yg lebih megah mengangkat panji2 islam ke jalan Allah...aq juga mengucapkan awal muharam kepada semua umat islam...jadikan azam tahun baru ini satu kepastian dalam hidup...




Apesal.com

back to top