Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga.
Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempaat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan berikut:
Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.
Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.
Followers
Written by wawan syazwan in
oRG KafIR dAN OrG MukMIn
Apesal.com
Jom Klik-klik Sini
dunia ini tidak semuanya indah..kadang kala kita berada diatas kadang kala pula kita dibawah..dunia ini susah kita nak menduga..mcm2 perkara boleh terjadi dengan sendirinya..kita xdapat menjangka semua itu bakal berlaku dan ia boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja..dunia merupakan alam persinggahan bagi kita..apa yang kita lakukan perlu ada batasannya..jangan sampai merana diakhirat kelak.....
NeoCounter
Time
counter
Calendar Of The Year
Facebook Badge
Allahuakbar
Subscribe Now: Feed Icon
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
As-salam kepada pembaca sekalian, baiklah pada entri ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis air yang keluar dari k...
-
As-salam kepada semua pembaca, seperti yang sedia maklum kita sebagai umat Islam wajib menghormati ibu bapa kita. Dalam ruangan kali ini...
-
As-salam..baiklah pada entri kali ini saya akan berkongsi tentang rahsia disebalik rukun 13 solat fardu seharian kita. Sebenarnya Allah ...
-
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, من صلى صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهى بيضاء مسفرة تقول حفظك ال...
-
Firman Allah Ta’ala yg artinya “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut ...
-
As-salam pembaca sekalian, pada entri ini pula saya ingin berkongsi tentang lafaz akad nikah yang dilalui oleh pengantin lelaki dan peng...
-
Baiklah, pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang keikhlasan seorang keturunan Adam dimana lelaki ini sangat ikhlas...
-
KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirk...
-
Pernah terfikir kenapa kita mempunyai 7 hari seminggu dan kenapa hari-hari kita begitu bermakna? Mari kita selami kelebihan hari-hari yang...