As-salam kepada semua pembaca, seperti yang sedia maklum kita sebagai umat Islam wajib menghormati ibu bapa kita. Dalam ruangan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana adab kita dengan ibu bapa kita. Ibu bapa adalah satu anugerah dari Allah S.W.T kerana tanpa mereka siapalah kita dan tiadalah kita di dunia ini. Jika seseorang menderhaka kepada ibu bapanya seperti menderhaka kepada Allah S.W.T. Hal ini kerana kita sebagai anak wajib menghormati ibu bapa kita walau bagaimana rupa mereka sekalipun. Seperti yang dapat dilihat dalam dunia IT sekarang ada diantara anak-anak tidak mengaku ibu bapa mereka sendiri, orang yang telah melahir dan membesarkannya. Oleh itu marilah kita sama-sama berkongsi cara-cara atau adab kepad ibu bapa kita.
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.
2. Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).
3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa, ayat 23).
4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).
5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.
6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim
Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?
Jawab Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi).