Thank you view this blog!

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Follow Blog Ini Ya

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Selalu Lawat Sini..Banyak Info Yang Akan Anda Dapat

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Mahukan Pelbagai Info? Lawatlah Blog Ana

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Followers

Archive for March 2011

Petanda Dari Allah S.W.T





As-salam..saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya terjumpa disebuah forum. Cerita ini merupakan satu utusan atau keajaiban dari Allah S.W.T. Tapi cerita ini saya tidak dapat begitau kesahihannya namun kita sebagai umat Islam hanya perlu berdoa dan memohon hidayah daripada Allah S.W.T. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman..Amin..


Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru
di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai
seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina
baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut
bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia ,
sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi
tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk
memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan
pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita
renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap
sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham
Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia
dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) 

Sifat Sabar Pembantu Kehidupan





Sabar..Perkataan ini sering kali kita dengar ketika kita sedang marah atau menghadapi kesulitan hidup. Sabar merupakan satu kunci untuk seseorang menghindari dari melakukan sesuatu diluar jangkaan. Hali ini kerana seseorang yang marah akan hilang pertimbangan dalam diri dan sanggup melakukan apa sahaja yang tidak diduga oleh dirinya sendiri juga. Sifat sabar ini dapat membantu daripada terjadinya perkara sedemikian. Nabi Muhammad S.A.W juga seorang yang sabar dalam menyampaikan dakwah Baginda. Baginda sabar menghadapi segala ujian daripada kaum tentangan namun Baginda dapat menempuh semuanya hanya kerana Baginda sabar. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi sifat sabar ini cukup penting dan amat berguna dalam kehidupan seharian kita.






Sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200) 






Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.




4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan

Adab Kepada Ibu Bapa





As-salam kepada semua pembaca, seperti yang sedia maklum kita sebagai umat Islam wajib menghormati ibu bapa kita. Dalam ruangan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana adab kita dengan ibu bapa kita. Ibu bapa adalah satu anugerah dari Allah S.W.T kerana tanpa mereka siapalah kita dan tiadalah kita di dunia ini. Jika seseorang menderhaka kepada ibu bapanya seperti menderhaka kepada Allah S.W.T. Hal ini kerana kita sebagai anak wajib menghormati ibu bapa kita walau bagaimana rupa mereka sekalipun. Seperti yang dapat dilihat dalam dunia IT sekarang ada diantara anak-anak tidak mengaku ibu bapa mereka sendiri, orang yang telah melahir dan membesarkannya. Oleh itu marilah kita sama-sama berkongsi cara-cara atau adab kepad ibu bapa kita.






1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. 
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi. 
Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa, ayat 23).





4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. 
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. 
Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.





6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah 
Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?

Jawab Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi).





Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca.Pada ruangan yg sdikit ini saya ingin berkongsi tentang hal keagamaan kita sendiri di mana ada segelintir manusia di negara seberang yg telah mengejek terhadap nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun sudah banyak report yg terjadi namun mereka masih menjalankan aktiviti keji sedemikian. Walaupun ada pembaca yg merasakan benda ini hal yg remeh namun bagi sy sebagai umat Baginda setegasnya menolak semua aktiviti yg menghina Nabi Muhammad S.A.W. Namun di dalam agama Islam, Islam mengajar supaya kita sentiasa sabar dengan apa yg terjadi kerana marah tidak akan dapat merubah apa-apa. Saya juga berharap agar mereka akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T. Semoga mereka menyedari segala perbuatan mereka tersebut. Disini saya telah listkan beberapa link fb yg melakukan perbuatan demikian. Semoga Islam terus bertakhta di dunia ini. Wallahualam..


http://www.facebook.com/pages/Muhammad-Saw-Bukanlah-Nabi-Melainkan-Perampokpedopil-Dan-Tukang-Cabul/150658694960152?v=info

Tsunami Di Jepun


Kira-kira 7 tahun yg lalu kita digemparkan dengan kejadian Tsunami yg telah berlaku di Acheh dan bahangnya juga terasa di Malaysia yg mengakibatkan kerosakan di sebahagian tempat di utara semenanjung. Ramai di antara saudara kita disini telah kehilangan harta benda disebabkan oleh kejadian tersebut. Sekarang kita digemparkan pula dengan kejadian Tsunami yg telah berlaku di Jepun yg juga telah mengakibatkan kerosakan yg teruk. 

Keajaiban Azan Di Muka Bumi Ini






Laungan azan adalah satu petanda bahawa telah masuknya waktu untuk kita menunaikan solat.Tetapi adakah kita semua ketahui keajaiban disebalik laungan azan di seluruh dunia ini? Saya di sini ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama-sama melihat video ini untuk kita mengetahui keajaiban laungan azan di seluruh pelosok dunia. Laungan azan di seluruh dunia telah membuktikan keagungan Allah S.W.T. Renungkan lah video ini dan janganlah kita membiarkan laungan azan ini luput di negara kita mahupun di negara-negara luar. Sesungguhnya laungan azan ini adalah amat penting untuk kita semua sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Di dalam laungan azan terdapat kalimah yang mengajak untuk kita sama-sama menunaikan solat dan mencapai kejayaan iaitu kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Semoga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Wallahualam.. Sekian..

Tips Untuk Mendapatkan Anak Pintar

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca2 sekalian.Pasti setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak yang pintar dan cerdik kan.Di sini saya ingin berkongsikan sedikit info tentang tips untuk mendapat zuriat yang cerdik pandai Insyallah..







  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.

  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Apesal.com

back to top