Followers

Keikhlasan Seorang Adam Terhadap Cintanya



Baiklah, pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang keikhlasan seorang keturunan Adam dimana lelaki ini sangat ikhlas terhadap cintanya. Khairul, nama yang masih menjadi ingatan kepadaku dengan keikhlasan hati nuraninya terhadap cintanya kepada seorang perempuan.

Khairul berada di sebuah perpustakaan awam Universiti Al-Azhar untuk mentelaah buku-buku ilmiah namun pada helaian salah sebuah buku tersebut tertulis sekeping kertas yang tertera tulisan cantik berbunyi 'perlukan kasih sayang seorang kaum Adam, jika sudi berkenalan balaslah ke alamat di bawah'. Khairul yang membaca kertas itu berasa ingin berkenalan dengan orang itu lalu dia mengutuskan surat kepada pemilik alamat tersebut mengatakan dia sudi untuk berkenalan dengannya.



Suratnya dibalas mengatakan perempuan itu juga sudi untuk berkenalan dengannya kerana perempuan itu kesunyian. Mereka berbalas-balas surat sudah hampir setahun, berkenalan hanya dalam surat namun mereka tidak pernah berjumpa.

Hari ini genap setahun setengah mereka berkenalan, Khairul memberanikan diri mengatakan kepada perempuan tersebut untuk berjumpa dan mengenalkan perempuan tersebut kepada ibubapanya. Perempuan tersebut setuju dengan permintaannya dan berita itu sangat mengembirakan Khairul.

Memandangkan Khairul seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, dia merasakan adalah lebih elok jika dia berjumpa dengan perempuan tersebut apabila dia sudah graduate di Universiti tersebut. Lagipun masa belajarnya hanya tinggal 6bulan lagi. Perempuan tersebut setuju dengan permintaan

Khairul tersebut dan mereka berjanji akan berjumpa di KLIA apabila dia pulang dari Mesir. Khairul meminta perempuan tersebut dan dirinya memegang sekuntum ros merah agar mereka saling mengenali satu sama lain nanti. Perempuan tersebut setuju dengan cadangan Khairul tersebut dan masa demi masa terus berlalu sehingga tibanya hari kepulangan Khairul ke tanah air.



Khairul yang berpakaian jubah tiba di lapangan terbang dengan memegang sekuntum ros merah mencari perempuan yang ingin sangat dia berjumpa itu. Tiba-tiba dia terlihat di kerusi menunggu kelihatan seorang perempuan yang tempang kakinya memegang sekuntum ros merah, seperti yang dimintanya kepada perempuan di dalam suratnya. Dia berdoa kepada Allah 'andai ini adalah jodoh dariMu ya Allah, aku terima dengan ikhlasnya ya Allah'. Dia memberanikan dirinya endekati perempuan tersebut. 'Assalamualaikum, adakah awak gadis yang membalas surat saya tersebut? marilah, ibubapa saya sedang menunggu untuk berjumpa dengan awk'.

Perempuan itu menjawab ''Waalaikumusalam, saya tidak tahu awak siapa dan seorang gadis cantik yang telah memberi ros merah ini kepada saya. Gadis tersebut menyuruh saya memberitahu kepada awak bahawa dia sedang mnunggu di restoran di hadapan sana jika awk mengajak saya berjumpa dengan ibubapa awk''. Begitulah jika cinta kita kepada seseorang itu ikhlas kerana Allah S.W.T, kita tidak akan menilai seseorang dari kecantikan ataupun kekurangannya. Sekian dulu untuk entri kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam.... =)

Apesal.com

back to top