Followers


Keheningan Awal Pagi


Pada pagi yang cukup indah ini aku bersyukur kerana masih bernafas dengan izin Allah S.W.T. Bersyukur kehadrat ilahi aku masih dapat melihat dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan hidup. Kalau hendak dikira nikmat yang diberikan oleh Alah S.W.T memang tidak dapat digambarkan dan dibayar oleh kita sebagai hamba-Nya. Namun marilah kita bersyukur kepada-Nya kerana dapat bernafas lagi pada hari ini.
Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dansubuh .
Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan .

Al-Isra' – 78
Demi fajar.Dan malam yang sepuluh
Al-Fajr – 1,2

“ Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat, dan dia jadikan siang untuk bangun berusaha”
( Al-furqan : 47)

Antara hikmah bangun pada awal pagi ialah :

  • Ø  Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik.Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah. 


  • Ø  Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.


  • Ø  Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.


  • Ø  Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.


  • Ø  Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan




"Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar."
Al-Dzaariyat – 17,18

Sesungguhnya seseorang yang bangun pada awal pagi akan dikurniakan banyak ganjaran oleh Allah S.W.T
contohnya:
Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah

Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit


Apesal.com

back to top