Thank you view this blog!

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Follow Blog Ini Ya

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Selalu Lawat Sini..Banyak Info Yang Akan Anda Dapat

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Mahukan Pelbagai Info? Lawatlah Blog Ana

Islam Change The World..Islam Make Our Life More Usefull..Islam Is The One That Will Conqure The World..

Followers


Kelebihan Hari Jumaat




As-salam kepada pembaca blog sekalian. Pada kali say ingin berkongsi sedikit sahaja iaitu tentang kelebihan hari jumaat. Kita sering mendengar bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari-hari yang ada dalam hidup kita ini. Hari Jumaat begitu penting dan merupakan hari umat Islam menunaikan solat Jumaat. Tanpa membuang masa lagi marilah sama-sama kita mengambil ruang ini untuk mengetahui kelebihan hari Jumaat...:-

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  1. Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.

  1. Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.

  1. Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.

  1. Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.

  1. Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.

  1. Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.

  1. Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.

  1. Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.

  1. Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.

  1. Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.

  1. Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

Setelah membaca entri ini saya yakin bahawa pembaca sekalian sudah mengetahui dengan teliti kelebihan hari Jumaat penghulu segala hari. oleh itu marilah sama-sama mengejar hari yang penuh dengan keberkatan dari Allah S.W.T ini. Sekian wasalam..




Kelebihan Susu Ibu



As-salam kepada pembaca sekalian yang sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Entri saya pada kali ini berkisahkan tentang kelebihan susu ibu kepada bayi. Seperti yang diketahui susu ibu merupakan susu yang amat baik untuk pembesaran bayi yang baru lahir ke dunia ini. Hal ini kerana susu ibu mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri dalam mengekalkan kesihatan yang baik kepada bayi. Jadi marilah kita sama-sama melihat apakah antara kelebihan-kelebihan susu ibu kepada bayi...:-
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Jadi kepada ibu-ibu sekalian sedarlah bahawa susu ibu mendatangkan banyak kepada tumbesaran bayi. Janganlah mudah memisahkan bayi dari penyusuan ibu pada peringkat awal usia bayi kerana mungkin bayi akan kekurangan tahap kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh mereka. Sekian. Wasalam...

Kelebihan Rukun 13 Solat





As-salam..baiklah pada entri kali ini saya akan berkongsi tentang rahsia disebalik rukun 13 solat fardu seharian kita. Sebenarnya Allah telah merancang sesuatu benda dengan bersebab dan mendatangkan kebaikan kepada hamba-Nya. Maka kita sebagai hamba-Nya seharusnya bersyukur dan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah agar diri kita ini lebih lapang dalam melaksanakan tugas kita sebagai hamba-Nya dimuka bumi ini disamping menjadi khalifah di muka bumi ini. Baiklah berikut adalah antara kelebihan-kelebihan tersebut..:


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Semoga dengan entri kali ini dapat menguatkan lagi pengabdian diri kita kepada Maha Pencipta kita dan janganlah kita mudah alpa dengan kehidupan duniawi yang penuh dengan cabaan dan halangan yang dapat merosakkan diri kita..As-salam..

Lafaz Akad Nikah





As-salam pembaca sekalian, pada entri ini pula saya ingin berkongsi tentang lafaz akad nikah yang dilalui oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Tap saya hanya ingin menekankan kepada pengantin lelaki sahaja memandangkan saya juga lelaki..haha..Baiklah sebenarnya kita tidak tahu makna disebalik lafaz yang kita bicarakan. Mari saya tunjukkan makna disebalik lafaz tersebut.....


‎"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”



Jadi ingatlah wahai kaum Adam sekalian bahawa lafaz yang mudah itu sebenarnya mempunyai makna yang cukup mendalam yang boleh menyebabkan dimurkai oleh Allah S.W.T.. Sama-samalah kita renung-renungkan dan bermuhasabah diri kita yang kerdil disisi Allah ini. Sekian terima kasih..wasalam...

Soalan Tentang Malam Pertama




As-salam kepada pembaca sekalian, bersyukur kehadrat Ilahi dapat kita bernafas pada hari ini untuk meneruskan kehidupan di dunia yang kecil ini. Baiklah tanpa membuang masa lagi saya ingin berkongsi entri tentang malam pertama. Walaupun ramai yang sudah mengetahuinya namun marilah kita sekali lagi membacanya.

Soalan..:

  1. Apakah doa "Allahumma jannibnas syaithoona, dan seterusnya" itu dibaca menjelang jima' atau sebelum menyentuh (mencium) isteri?
  2. Jika pada saat ijab qabul istri sedang haid, bagaimana dengan sholat sunnah berjama'ahnya? Apakah harus dilakukan setelah istri suci? atau langsung mendoakannya dengan memegang ubun-ubun isteri?
Jawapan..:



1) Doa Ingin Berjima’
Dari Ibnu Abbas berkata.”Rasulullah saw bersabda,’Seandainya seorang dari kalian ingin mendatangi keluarganya (hendaklah dia ) berdoa : Allahumma Jannibnasy Syaithon wa Jannibisy Syaithon Maa Rozaqtanaa (Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari kami terhadap rezeki yang Engkau berikan kepada kami). Sesungguhnya jika dikehendaki diantara mereka berdua seorang anak saat itu maka setan tidaklah dapat mencelakakannya selamanya.” (Muttafaq Alaihi)
Ash Shan’aniy mengatakan bahwa ini merupakan lafazh dari Imam Muslim. Hadits ini merupakan dalil agar berdoa sebelum berhubungan dengan istri ketika muncul keinginan untuk itu. Riwayat ini menafsirkan riwayat ,”Seandainya seorang dari kalian berdoa saat mendatangi istrinya—dikeluarkan oleh Bukhori—bahwasanya maksud dari saat adalah ingin. Kata ganti dari jannibna adalah untuk laki-laki (suami) dan perempuan (istri). (Subul as Salam juz III hal 273)
Jadi doa tersebut dibaca seseorang ketika hendak menggauli istrinya sebelum berbagai muqoddimah (permainan) jima’ dilakukan.
                                                    Gambar Hiasan
2) Mendoakan Istri dan Shalat Dua Rakaat Setelah Ijab Kabul
DIanjurkan bagi seorang suami setelah melangsungkan akad nikahnya untuk meletakkan tangannya di kening istrinya sambil berdoa,” Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih—Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya..”
Selain itu dianjurkan bagi mereka berdua untuk melaksanakan shalat dua rakaat dan berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan dan dihindarkan dari keburukan. Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk shalat dua rakaat dibelakang (suaminya) dan berdoa,”Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkahilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan pula.”
Dari Syaqiq berkata,”Datang seorang laki-laki yang dipanggil dengan Abu Huraiz lalu dia berkata kepada Ibnu Mas’ud,’Sesungguhnya aku menikahi seorang budak perempuan perawan. Sesungguhnya aku takut dia akan membenciku.’ Lalu Abdullah (bin Mas’ud) mengatakan, ’Seungguhnya rasa cinta berasal dari Allah dan kebencian dari setan yang ingin menjadikan kebencian kepada kalian terhadap apa-apa yang dihalalkan Allah. maka jika dia mendatangimu maka shalatlah dua rakaat dibelakangmu.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah)
Jika seorang wanita yang baru melangsungkan akad nikah sedang dalam keadaan haidh maka cukuplah dirinya dan suaminya berdoa kepada Allah swt meminta kebaikan dari-Nya bagi mereka berdua dan keluarganya.

Jenis Air Untuk Bersuci



As-salam kepada pembaca sekalian, jika sebelum ini saya berkongsikan tentang air yang keluar dari kemaluan, (klik sini)..  kali ini pula saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis air yang digunakan untuk bersuci. Pada hakikatnya kita disarankan untuk bersuci dari segala hadas sama ada hadas besar mahupun hadas kecil. Tapi adakah air yang digunakan itu betul-betul sempurna untuk djadikan sebagai air untuk bersuci? Jadi marilah kita meneliti serba sedikit jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci...:-


Jenis-jenis air untuk bersuci ialah :

Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.

Pertama, air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Ini dinamakan air mutlak.

Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.

Kedua, air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Ini dinamakan air musyammas, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.

Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.



Ketiga, air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:

1. Air mustaâ??mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.
2. Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
3. Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.



Keempat, air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Air ini ialah air mutanajjis. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.

Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:

1. najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga;
2. najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat;
3. bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai;
4. binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air;
5. bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.

Ukuran 2 kolah

* Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku.
* Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta. 

Jenis Air yang Keluar Dari Kemaluan





As-salam kepada pembaca sekalian, baiklah pada entri ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis air yang keluar dari kemaluan. pada hakikatnya air yang keluar dari kemaluan adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita sebagai manusia. Hal ini kerana itu sudah diaturkan oleh pencipta kita Allah S.W.T. Setiap yang diatrkan oleh Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan kurnian-Nya. Baiklah tanpa membuang masa lagi mari kita membaca sedikit coretan ini..:
1) Air mani

Adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.
Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani.
Air mani ini suci dari segi syarak jadi pakaian yang terkena air mani boleh dibawa solat..
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya:
Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja.
Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut.
Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #434,Bab Hukum Air Mani)
2) Air wadi
Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut.
Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.
3) Air Mazi
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).
Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut.
Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.
Semoga kita sentiasa berada disisi-Nya dalam mengejar rahmat-Nya di dunia mahupun di akhirat kelak. Moga kita berjumpa lagi dalam entri akan datang..:-) sayonara~~~ as-Salam...

Apesal.com

back to top