Followers


Jodoh dalam pehubungan.


Remaja zaman sekarang sudah tidak sabar untuk berkahwin tetapi adakah betul dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T? Itu yang menjadi masalah dengan sikap remaja zaman sekarang.Mereka seolah-olah hanya mempermainkan jodoh yang ditentukan oleh Allah. Remaja zaman sekarang hanya suka berseronok,tidak kira lelaki mahupun pempuan. Dimanakah had-had mereka sebagai orang Islam yang mementingkan pergaulan sesama muhrim ataupun tidak. Kita sebagai manusia telah ditentukan jodoh oleh Allah S.W.T. Tetapi terdapat 3 jenis jodoh iaitu :-








Jodoh dari syaitan...Apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari syaitan ini? Seseorang lelaki menemui seorang perempuan, mereka berpegangan tangan dan terus melakukan maksiat sehingga perempuan tersebut mengandung barulah mereka berkahwin.





Jodoh dari jin...Seorang lelaki menemui seorang pepuan dan menyukainya tetapi perempuan tersebut tidak suka kepada lelaki tersebut. Maka lelaki tadi telah bomohan perempuan tersebut untuk menyukainya dan mereka berkahwin.




Jodoh dari Allah S.W.T...Seorang lelaki berpandangan mata dengan seorang perempuan dan lelaki tersebut berhasrat untuk meminang perempuan tersebut dan perempuan tersebut menerima pinangan lelaki tersebut dan mereka berkahwin. Jodoh ini adalah jodoh yang seharusnya diteliti oleh remaja pada zaman sekarang...

Apesal.com

back to top