Followers


Kehidupan Dunia VS Kehidupan Akhirat



Salam kepada pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur kita kepada-NYA dapat kita bernafas dihari yang baru lagi indah ini. Walaupun kehidupan yang kita lalui sekarang hanyalah kehidupan sementara namun kehidupan inilah yang mengajar kita untuk lebih bersedia menghadapi kehidupan akhirat kelak. Mungkin bagi mereka yang belum mendapat hidayah dari Allah akan berfikir kehidupan dunia adalah kehidupan yang terakhir dan tiada lagi kehidupan selepas ini, akan tetapi bagi kita yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah percaya bahawa akan ada kehidupan selepas kehidupan di dunia ini iaitu kehidupan di akhirat dimana ia adalah kehidupan yang kekal abadi. 

Kehidupan dunia sangat berbeza dengan kehidupan akhirat kerana kehidupan dunia Allah akan menguji kita dengan pelbagai rintangan dan halangan dalam mengabdikan diri kepada-NYA. Namun di akhirat kelak tiada lagi ibadah yang perlu dilaksanakan kerana di alam akhirat kelak merupakan bonus atau hadiah bagi mereka yang mengerjakan ibadah kepada Allah di atas dunia ini. Kehidupan dunia penuh dengan cabaran, dugaan rintangan, penuh dengan pendustaan dari sesama manusia, penuh dengan khabar fitnah yang mengakibatkan peperangan, perbalahan dan sebagainya. secara dasarnya kehidupan dunia amat menakutkan namun kita perlu mengabdikan diri kepada Allah untuk menguatkan iman dalam hati kita agar kita berani untuk menempuhi segala cabaran dalam kehidupan di dunia ini..

Asy-Syaikh Al-Albani mengatakan dalam kitab beliau Silsilah Ahadits Dha'ifah : 



- " اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا " .
لا أصل له مرفوعا .
وإن اشتهر على الألسنة في الأزمنة المتأخرة 
(1/63)

"Beramallah untuk duniamu seakan2 engkau akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seakan2 engkau akan mati esok hari"
(hadits ini-pent.) tidak ada asalnya secara marfu'

Berdasarkan hadis tersebut mengajak kita untuk sentiasa beribadat kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadat. Kesungguhan amat penting dalam mengerjakan sesuatu benda kerana jika tiada kesungguhan maka setiap ibadat itu akan dianggap sebagai suatu kerja sampingan yang tidak bermakna dalam diri.

Sampai di sini dahulu entri saya untuk kali ini, semoga kita dipertemukan lagi dalam entri yang akan datang.. Wasalam kepada pembaca sekalian..

Apesal.com

back to top