Followers


Betulkah apa yang dikejar selama ini?



Baiklah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang apakah sebenarnya yang dikejar dalam hidup kita. Setiap manusia dijadikan dimuka bumi ini mempunyai tujuan dalam hidupnya. Namun dengan segala gangguan dari syaitan manusia makin alpa dengan kehidupan yang dikecapinya. Oleh itu marilah kita renung-renungkan kehidupan yang akan kita habiskan di atas dunia ini. Marilah sama-sama pilih cara hidup yang dapat mengabdikan diri kita kepada-NYA.



Dan ingatlah apabila kita mengejar kemewahan, sedarlah ianya akan hilang dibelanjakan.



Dan apabila kita terlalu mengejar pangkat dan jawatan, sedarlah segalanya akan hilang apabila kita diberhentikan.



Dan apabila kita mengejar populariti dan keglamouran, ingatlah bahawa ia akan hilang apabila kita dilupakan kelak.



Sebaliknya kejarlah amal soleh, redha dan cinta Ilahi untuk bekalan di akhirat sana.

Semoga dapat kita memanfaatkan semua ini dalam kehidupan seharian kita.. Sekian, wasalam.

Apesal.com

back to top