Followers


Kitab Al-Quran

Assalamualaikum kepada semua pembaca..al-quran tidak dapat dinafikan lagi adalah satu kitab yang telah diutuskan kepada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Al-quran dan hadis merupakan utusan yang telah ditinggalkan oleh Nabi kita kepada umat-umatnya..Di dalam Al-Quran telah diceritakan segala perkara yang nyata mahupun ghaib oleh Allah S.W.T..Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dan hamba Allah S.W.T wajib mempercayai kepada Al-Quran kerana ia termasuk di dalam rukun iman iaitu percaya kepada kitab.Kitab yang dimaksudkan ialah Injil,Taurad,Zabur dan yang akhir sekali serta paling lengkap iaitu Al-Quran...

Seperti yang sedia maklum di dalam Al-Quran telah menyuruh kita untuk solat lima waktu.Solat lima waktu termasuk di dalam rukun islam dan ia wajib dilaksanakan oleh setiap mukmin.Tapi pernahkah anda terfikir pada masa sekarang manusia lebih mementingkan hal duniawi berbanding akhirat? Manusia pada zaman sekarang lebih mengejar hal-hal dunia kerana manusia mudah alpa dengan segala yang mereka dapat di dunia ini.Mengapa semua ini terjadi dalam zaman sekarang?




Mengapa manusia tidak takut dengan apa yang mereka lakukan? Ini kerana mereka tidak percaya kepada benda ghaib iaitu Allah S.W.T..Percaya kepada Allah merupakan rukun iman dan wajib dipercayai oleh setiap muslim..Ramai diantara manusia zaman sekarang hanya akan menunaikan solat apabila mereka sempat dan mereka tidak menunaikannya jika xsempat..Beginikah yang diutuskan oleh Allah S.W.T? TIDAK!! Setiap manusia wajib menunaikan solat tidak kira dalam apa jua keadaan..Jadi marilah sama-sama kita renungkan bersama dan kita jumpa lagi dipost saya akan datang..As-salam....


Apesal.com

back to top