Followers

Tsunami Di Jepun


Kira-kira 7 tahun yg lalu kita digemparkan dengan kejadian Tsunami yg telah berlaku di Acheh dan bahangnya juga terasa di Malaysia yg mengakibatkan kerosakan di sebahagian tempat di utara semenanjung. Ramai di antara saudara kita disini telah kehilangan harta benda disebabkan oleh kejadian tersebut. Sekarang kita digemparkan pula dengan kejadian Tsunami yg telah berlaku di Jepun yg juga telah mengakibatkan kerosakan yg teruk. 




Gempa Bumi yg telah berlaku kira-kira 8.9 skala itu telah mengakibatkan air laut mengalir ke daratan dan merosakkan banyak harta benda. Ramai mangsa telah terperangkap dalam kejadian ini dan kerja-kerja menyelamat masih lagi giat dijalankan oleh para penyelamat. Malaysia turut tidak ketinggalan menghantar bantuan kemanusiaan ke Jepun untuk menyelamatkan mangsa-mangsa Tsunami tersebut.


Kalu ditengok pusaran air ini tidak mungkin orang yg berada di atas bot itu selamat. Itu lah kekuasaan Allah S.W.T untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya.


Bandar ini telah menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Semuanya ditenggelami air.


Kerosakan yg berlaku telah menyebabkan kebakaran dan kerugian harta benda yg banyak. Oleh itu, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama menginsafi diri yg tidak sempurna ini.

Apesal.com

back to top