Followers


Cinta Sejati

Cinta saja sudah begitu mahal takrifnya bg yg benar2 ikhlas dlm menzahirkannya..
Apatah lagi cinta sejati, cinta yang lahir dgn hati yg penuh keikhlasan..
Cinta sejati itu, jelas..matlamatnya hanya perkahwinan..bukan spt cinta yg sekadar omongan kosong atau cinta yg hanya utk keseronokan..
Cinta itu suatu yang suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa..
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri...

Mengasihimu, dikasihi...Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui...Saling mengerti di hati

Apesal.com

back to top