Followers


Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Valentine



Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian..15/02/2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah satu tarikh keramat buat seluruh umat Islam kerana pada tarikh tersebut telah lahirnya seorang pemimpin atau utusan daripada Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam kerana telah datang kepada kita seorang nabi atau rasul iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim. Baginda seorang utusan daripada Allah kerana baginda telah membawa Islam yang sekarang ini telah pun menakluki dunia dengan megahnya. Pada tarikh tersebut umat Islam telah menyambut Maulidur Rasul sempena hari kelahiran baginda. Pada hari itu akan berkumandang selawat-selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.





Sehari sebelum tarikh tersebut adalah Hari Valentine yang kononnya disebut Hari Kekasih. Hari Kekasih disambut oleh orang-orang kafir namun apa yang menyayat hati ramai dikalangan remaja umat Islam turut menyambutnya seolah-olah hari tersebut begitu penting untuk mereka bersama-sama dengan kekasih masing-masing. hari tersebutlah mereka bertukar-tukar hadiah dengan kekasih mereka dan memberi apa sahaja yang kekasih  mereka inginkan. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam janganlah kita terikut dengan budaya barat yang menyesatkan kita. Tidakkah kita sedar bahawa orang kafir menggelakkan kita kerana mereka sudah berjaya menyesatkan kita. Tambahan lagi dengan syaitan durjana yang semakin menguasai diri kita jika kita telah tersesat  jauh.

Marilah dibulan yang mulia ini kita sama-sama menyambut Maulidur Rasul dengan berselawat keatas baginda daripada kita semua menyambut Hari Valentine yang menyesatkan umat Islam. Ada baiknya kita semua berselawat menambahkan kecintaan kita kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana diakhirat kelak baginda akan bersama-sama dengan mereka yang berselawat keatasnya di syurga. Kecuali golongan yang telah terpesong daripada Islam. Tunjukkan kecintaan kita kepada baginda dan sentiasa berpegang kepada sunnah dan ajarannya. Insyallah kita semua akan memperoleh syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

Apesal.com

back to top