Followers


Tips menjaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum saya ucapkan, dipost kali ini saya ingin berkongsi tentang tip untuk menjaga kesihatan cara Rasulullah. Seperti yang anda semua ketahui bahawa menjaga kesihatan itu merupakan satu faktor yang penting dalam hidup seharian kita. Menjaga kesihatan ini dapat menjadikan hari-hari kita lebih sempurna tanpa sebarang penyakit yang memudaratkan. Oleh itu, saya disini ingin berkongsi sedikit tips untuk menjaga kesihatan cara Rasulullah :-


Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.


Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.


Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.


Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.


Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.


Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Apesal.com

back to top